Mengenai Kami

Al-Quran dan As-Sunnah tunggak pembangunan insaniah.

MAAHAD TAHFIZ SERI

ALAM (MTSA)

Maahad Tahfiz Seri Alam adalah sebuah pusat pendidikan tahfiz yang komited dalam melahirkan generasi penghafaz al-Quran yang berilmu, berakhlak mulia, dan mampu memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Sejak penubuhannya, kami telah berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong pembangunan rohani, intelek, dan emosi pelajar.

MATLAMAT

Maahad Tahfiz Seri Alam ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mahir dalam menghafaz Al-Quran tetapi juga berakhlak mulia dan berilmu dalam pelbagai bidang.

Sebagai sebuah institusi tahfiz yang berdaya maju, kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, berteraskan kaedah hafazan yang sistematik serta penerapan ilmu akademik dan agama secara seimbang.

MISI

Menyediakan pendidikan tahfiz berkualiti yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Membentuk sahsiah pelajar berlandaskan akhlak Islamiah dan nilai-nilai murni.

Menggabungkan hafazan Al-Quran dengan ilmu akademik bagi membentuk insan cemerlang dunia dan akhirat.

VISI

Menjadi pusat tahfiz terkemuka yang melahirkan generasi penghafaz al-Quran yang berwawasan, berintegriti, dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Melahirkan para huffaz yang berilmu, berakhlak dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Bantu Maahad Tahfiz Seri Alam

Infaq umum untuk perbelanjaan pengurusan dan pembinaan

pusat pembelajaran baru Maahad Tahfiz Seri Alam (MTSA)