Maklumat Akademik



Pembelajaran berasaskan gabungan elemen Al-Quran dan Turath yang seimbang antara kehidupan dunia dan beramal untuk kehidupan akhirat.
Subjek yang ditawarkan :
Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Tilawah Al-Quran
Asas Tadabbur Al-Quran
Asas-Asas Fardhu Ain
Asas Tajwid Al-Quran
Asas Fekah
Asas Tauhid
Asas Akhlak Dan Tasauwuf
Asas Adab Hamaltul Quran
Asas Sirah Nabawi
Hafal Doa-Doa Harian
Berketerampilan dari segi akademik, ilmu al-Quran dan sahsiah serta berpaksikan Ahli Sunnah wal Jamaah
Dengan meletakkan al-Quran sebagai teks utama dalam seluruh sistem pembelajaran, MTAQ berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang menjalani kehidupan dengan penuh rasa bertuhan. Penuh yakin memimpin sebagai Khalifah Allah, penuh tawadhu' berkhidmat sebagai hambaNya,
Ahli ilmu dan Al Quran ini ibarat ladang yang tanahnya subur untuk kita bercucuk tanam kerana mereka ini merupakan golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Dari Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan."
(Riwayat Ibn Majah)
Bantu Maahad Tahfiz
Seri Alam