Maklumat Akademik

Syarat Menjadi Pelajar Tahfiz
  1. Lelaki Sahaja.
  2. Berumur 10 Tahun Sehingga 17 Tahun.
  3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  4. Minat menghafal Al-Quran.
  5. Memiliki sahsiah diri yang baik dan berdisiplin.
Apakah konsep dan pendekatan (MTSA)

Pembelajaran berasaskan gabungan elemen Al-Quran dan Turath yang seimbang antara kehidupan dunia dan beramal untuk kehidupan akhirat.


Subjek yang ditawarkan :


Hafazan 30 Juzuk Al-Quran

Tilawah Al-Quran

Asas Tadabbur Al-Quran

Asas-Asas Fardhu Ain

Asas Tajwid Al-Quran

Asas Fekah

Asas Tauhid

Asas Akhlak Dan Tasauwuf

Asas Adab Hamaltul Quran

Asas Sirah Nabawi

Hafal Doa-Doa Harian

Kelebihan belajar di (MTSA)

Berketerampilan dari segi akademik, ilmu al-Quran dan sahsiah serta berpaksikan Ahli Sunnah wal Jamaah


Dengan meletakkan al-Quran sebagai teks utama dalam seluruh sistem pembelajaran, MTAQ berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang menjalani kehidupan dengan penuh rasa bertuhan. Penuh yakin memimpin sebagai Khalifah Allah, penuh tawadhu' berkhidmat sebagai hambaNya,


Ahli ilmu dan Al Quran ini ibarat ladang yang tanahnya subur untuk kita bercucuk tanam kerana mereka ini merupakan golongan yang mulia di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW.


Dari Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di sisi Allah SWT mempunyai ahli-ahli yang dilantik dari kalangan manusia. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?" Baginda bersabda: "Merekalah Penghafal dan pengajar Al-Quran, Mereka adalah golongan yang diutamakan."


(Riwayat Ibn Majah)

Bantu Maahad Tahfiz

Seri Alam

Infaq umum untuk perbelanjaan pengurusan dan pembinaan pusat pembelajaran baru Maahad Tahfiz Seri Alam (MTSA)